Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Suntikan Imunisasi COVID-19 Selamat dan Berkesan

By 4 Mac 2021Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Robani Nabi Ahmad/Noor Haswan Noor Azman (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 4 Mac ( Malaysiaaktif) -Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mengetuai suntikan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech pada Majlis Pelancaran Program Imunisasi COVID-19 bertempat di Dewan Teratai, Kota Darulnaim.

“Saya bersama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta barisan petugas hadapan akan menerima suntikan vaksin bagi membuktikan vaksin ini selamat dan berkesan,” katanya yang ditemui, di sini baru-baru ini.

Menurut Ahmad Yakob, program vaksinasi ini hanyalah satu langkah pencegahan dari wabak ini, pemantauan keberkesanan tetap akan diteruskan oleh pihak kerajaan bagi memastikan ianya selamat untuk semua rakyat Malaysia.

“Prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan masih perlu dipatuhi pada setiap masa dengan pembudayaan norma baharu bagi pencegahan penularan COVID-19.

“Seramai 21,645 petugas barisan hadapan di negeri itu akan menerima suntik vaksin fasa pertama sehingga akhir April ini, daripada jumlah itu, 1416 orang akan terima vaksin ini,” katanya.

Turut menerima suntikan, Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Barisan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan serta diikuti oleh Ketua-Ketua Jabatan barisan hadapan antaranya Ketua Polis Negeri Kelantan, Pengarah Imigresen, Ketua Angkatan Pertahanan Awam dan Pengarah Bomba.

-NAZ-

Tinggalkan komen anda