Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

Satu Tablet, Satu Keluarga

By 23 Mac 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sapar Sutir (Rembau)

REMBAU, 23 Mac (Malaysiaaktif) – Melihat keperluan tablet kepada pelajar sekolah, Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaludin Abu Bakar, melalui initiatif Digital Rembau menyediakan 440 buah tablet kepada pelajar sekolah yang disampaikan melalui penjaga sempena Majlis Penyerahan Tablet Kepada Pelajar Sekolah Dalam Parlimen Rembau yang berlangsung di Dewan Terbuka Kg Baru Legong Jaya, Kota.

“Pemberian peranti tablet ini bukan untuk kegunaan persendirian semata-mata tetapi lebih berkonsepkan satu tablet, satu keluarga.

Ahli Parlimen Rembau menyampaikanTAB A kepada penerima terpilih

Ahli Parlimen Rembau menyampaikan tablet kepada penerima terpilih.

“Tablet ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja ahli dalam keluarga dalam memastikan setiap rumah mempunyai akses terhadap perkhidmatan digital yang sedang pesat dibangunkan ketika ini,” katanya.

Menurut seorang penerima Mohd Ridzuan Salim, mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Rembau dan bersyukur kerana ianya pemberian yang amat bermakna khasnya kepada ibu bapa yang kurang berkemampuan.

“Bantuan ini secara tidak langsung memberikan semangat untuk anak-anak lebih fokus dan seronok belajar tambahan pula syarikat penyedia rangkaian talian bekerjasama berusaha meningkatkan pencapaian talian internet kepada capaian 4G tanpa ada gangguan capaian internet,” katanya ketika ditemui, di sini semalam.

-FF

Tinggalkan komen anda