Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

SICP Diwujudkan di Pahang

By 23 Mac 2021Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Dayana Bahazelan/Sh. Nurrul (Pahang)

KUANTAN, 23 Mac (Malaysiaaktif) – Kerajaan negeri bersedia mewujudkan Sistem Imunisasi COVID-19 Pahang (SICP) sebagai pemudah cara untuk lebih ramai rakyat negeri ini mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, usaha mewujudkan SICP hadir selepas mengkaji kebarangkalian terdapat individu yang tidak mempunyai kemudahan telefon pintar.

“Sistem ini telah ditambah baik daripada aplikasi MySejahtera dan laman sesawang Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedia ada.

“Fungsi utama SICP adalah untuk mengumpul semua data tentang calon-calon penerima suntikan daripada agensi-agensi terlibat, tarikh janji temu dan seterusnya diserahkan kepada MySejahtera untuk dibuat notifikasi kepada penggunanya.

“Kerajaan negeri turut berhasrat untuk membeli sendiri 10,000 dos tambahan vaksin COVID-19 dan sudah mendapat persetujuan daripada Kerajaan Pusat dan berharap Pahang mencapai 100 peratus sasaran rakyat negeri yang mengambil vaksin,” katanya selepas menerima dos kedua vaksin COVID-19 bersama barisan petugas barisan hadapan yang lain di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini baru-baru ini.

-KN

 

Tinggalkan komen anda