Skip to main content
Berita TimurTerengganu

148 Mangsa Banjir DUN Rhu Rendang Terima Bantuan RM1000

By 14 April 2021Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: RA Othman (Marang)

MARANG, 14 April (Malaysiaaktif) – Seramai 148 mangsa banjir di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang telah menerima bantuan pasca banjir berjumlah RM1000 setiap keluarga manakala, 208 asnaf menerima bantuan persekolahan khas sumbangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam satu majlis Penyampaian Bantuan Kewangan Sekali Beri Mangsa Banjir dan Program Ceria Ke Sekolah DUN Rhu Rendang, baru-baru ini.

Menteri Besar Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata bantuan ini adalah sumbangan daripada kerajaan negeri buat semua keluarga yang terlibat dalam bencana banjir yang teruk pada tahun lalu.

“Bantuan ini adalah sedikit tanda keprihatinan kerajaan negeri buat semua rakyat yang terjejas akibat banjir khasnya hari ini bagi masyarakat di DUN Rhu Rendang.

Sebahagian daripaada 208 pelajar asnaf menerima bantuan persekolahan sumbangan TNB.

Sebahagian daripaada 208 pelajar asnaf menerima bantuan persekolahan sumbangan TNB.

“Sumbangan sebanyak RM500 daripada kerajaan negeri manakala RM500 lagi adalah sumbangan khas daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) buat keluarga yang terlibat juga diharapkan dapat meringankan beban dan kesukaran yang dialami dalam fasa pandemik COVID-19 yang sedang melanda kini,” katanya ketika merasmikan majlis tersebut yang diadakan di Dewan Besar Pejabat Daerah Marang (PDM), di sini baru-baru ini.

Dalam majlis ringkas ini, pihak TNB turut mengambil peluang menghulurkan sumbangan bantuan persekolahan buat 208 orang pelajar daripada kalangan asnaf yang dikenal pasti.

Bantuan pasca banjir ini diharapkan mampu meringankan beban dan kesukaran keluarga mangsa banjir.

Bantuan pasca banjir ini diharapkan mampu meringankan beban dan kesukaran keluarga mangsa banjir.

Pengurus Besar TNB Negeri Mustaphakamal Yaacob, berkata pihaknya sedia membantu dan bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi memastikan pelajar-pelajar sekolah meneruskan sesi persekolahan dengan tenang dan seperti biasa memandangkan dalam tempoh kesukaran begini, banyak keluarga yang terjejas ekoran pandemik yang melanda.

“Pihak kami merasa amat bertanggungjawab untuk turut mengagihkan bantuan persekolahan kepada pelajar-pelajar asnaf di sini dan mengharapkan bantuan sekecil ini mampu memberi sedikit sinar buat mereka untuk terus menuntut ilmu walau pelbagai halangan ditempuhi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan.

Dania Aisha Afifah, pelajar tingkatan dua SMK Rusila antara penerima bantuan persekolahan TNB.

Dania Aisha Afifah, pelajar tingkatan dua SMK Rusila antara penerima bantuan persekolahan TNB.

“Agihan berbentuk wang ringgit ini adalah sumbangan kecil daripada mereka khusus untuk menggalakkan lagi pelajar-pelajar untuk terus bersemangat dan sebagai hadiah menyambut bulan Ramadan yang bermula semalam,” katanya.

Turut hadir dalam majlis ini adalah isteri kepada Menteri Besar Terengganu Toh Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman dan Pegawai Daerah Marang Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak serta ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan negeri di Daerah Marang.

-ii-

Tinggalkan komen anda