Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Vaksinasi: Pulau Pinang, Selangor Diberi Keutamaan – Azmin

By 14 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

HULU KELANG, 14 April (Malaysiaaktif) – Kerajaan mengambil maklum untuk memberi keutamaan suntikan vaksin kepada pekerja sektor industri dan perkilangan di negeri Pulau Pinang dan Selangor yang merupakan negeri penyumbang ekonomi negara.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata langkah tersebut perlu dilakukan memandang dua negeri tersebut wujud industri dan aktiviti ekonomi yang pesat.

“Kita juga ambil maklum Selangor dan Pulau Pinanag antara negeri yang menyumbang kepada ekonomi negara kerana wujudnya industri dan aktiviti ekonomi yang rancak.

“Maka ini adalah zon-zon yang akan diberikan keutamaan untuk mendapat suntikan vaksin kepada pekerja sektor industri dan perkilangan,” katanya.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata kerajaan komited untuk memastikan proses Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dapat dilaksanakan dengan segera termasuk suntikan kepada pekerja asing.

“Mereka memainkan peranan penting memulihkan ekonomi  dan apabila vaksin tiba mengikut jadual, kita yakin proses (suntikan vaksin) dapat disempurnakan selewat-lewatnya hujung tahun ini.

“Sekiranya berjalan baik dan lancar, dijangka bulan Mei dan Jun jumlah bekalan akan meningkat dengan lebih besar yang akan mempercepatkan proses imuninasi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengedarkan 500 pek bubur lambuk kepada kariah Masjid Al-Ansar, AU2 Hulu Kelang semalam.

-RI

Tinggalkan komen anda