Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Cerapan Anak Bulan Ramadan 1442H

By 13 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Haizul Rohani/Jeffren Malaning (Kota Kinabalu)

PUTATAN, 13 April (Malaysiaaktif) – Di Sabah, cerapan anak bulan Ramadan bagi tahun 1442H/2021M dilaksanakan di Balai Cerap Albiruni, Tanjung Dumpil 6.00 petang kelmarin.

Menurut Mufti Kerajaan Negeri Sabah Datuk Bungsu Aziz Jaafar, Majlis Cerapan Rukyah Hilal Ramadan 1442H bagi negeri Sabah bermula pada pukul 6.24 petang dan berakhir pada 6.38 petang setelah matahari sudah terbenam.

Ariffin (dua dari kanan) menyempurnakan gimik perasmian ru'yah hilal bagi tahun 1442H/2021M.

Ariffin (dua dari kanan) menyempurnakan gimik perasmian ru’yah hilal bagi tahun 1442H/2021M.

“Ahli jawatankuasa lain terdiri daripada Ketua Hakim Syarie Sabah Ahmad Din OKK Othman, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Datuk Saifulzaman Sangul, Timbalan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Wahab Kanak, Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sabah Yaacub Yusoff, Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Sabah Norjeli Dais dan Pensyarah Kanan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof. Madya Dr Saini Ag Damit.

“Selesai azan maghrib, enam ahli jawatankuasa majlis meneruskan upacara menurunkan tandatangan sebelum pihak kami melaporkan keputusan cerapan kepada Penyimpan Mohor Raja-Raja melalui panggilan telefon,” jelasnya.

Bungsu menandatangani keputusan cerapan disaksikan oleh Ariffin (belakang kiri) dan Shahelmy (belakang tengah).

Beliau turut menyampaikan keputusan cerapan anak bulan ramadan kepada Istana Negeri yang diwakili Pegawai Agama Istana, Imran Anggun.

Turut hadir pada upacara ini ialah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Ir Shahelmy Yahya serta wakil-wakil ketua jabatan kerajaan persekutuan dan negeri.

Bungsu (kanan) menyerahkan keputusan cerapan kepada wakil Istana Negeri, Imran Anggun.

Bungsu (kanan) menyerahkan keputusan cerapan kepada wakil Istana Negeri, Imran Anggun.

-RI

Tinggalkan komen anda