Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Hamzah Mendahului Senarai 79 Penerima Darjah Kebesaran Sabah

By 1 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Haizul Rohani/Johny George Kimlon (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 1 April (Malaysiaaktif) – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Panglima Hamzah Zainudin mendahului senarai 79 penerima darjah, kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sabah.

Hamzah dikurniakan darjah tertinggi, Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dalam Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Bintang serta Pingat di Istana Negeri, kelmarin.

Juhar (lima dari kiri) dan isteri, Toh Puan Norlidah R.m Jasni masuk ke Dewan Istiadat.

Juhar (lima dari kiri) dan isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni masuk ke Dewan Istiadat.

Pada sesi kedua istiadat itu, lapan penerima dikurniakan darjah kebesaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk antaranya Setiausaha Tetap (SUT) Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah, Dr Mariana Tinggal serta Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Dr Mistirine Radin.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Yahya Sulaiman dan Pengarah Politeknik Kota Kinabalu, Zainab Othman merupakan dua daripada empat penerima darjah kebesaran Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK).

Yahya (kiri) dikalungkan darjah ASDK oleh Tun Juhar.

Yahya (kiri) dikalungkan darjah ASDK oleh Tun Juhar.

Pada istiadat itu, seramai 10 penerima dikurniakan darjah Ahli Darjah Kinabalu (ADK), 26 penerima Bintang Setia Kinabalu (BSK), 18 penerima Bintang Kinabalu (BK) dan 12 penerima Pingat Perkhidmatan Terpuji (SK).

Istiadat pengurniaan yang berlangsung lebih kurang 37 minit itu diakhiri dengan bacaan doa oleh Pegawai Agama Istana Negeri, Imbran Angun.

Zainab (kiri) dikalungkan darjah ASDK oleh Tun Juhar.

Zainab (kiri) dikalungkan darjah ASDK oleh Tun Juhar.

-RI

Tinggalkan komen anda