Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

Pendekatan Turun Padang Lebih Berkesan Tangani Masalah Penduduk – Saarani

By 1 April 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin/Mohammad Shafiq Rosidi (Ipoh)

PARIT, 1 April (Malaysiaaktif) – Program Menteri Besar Bersama Rakyat (Mesra) membolehkan pemimpin kerajaan negeri untuk turun padang bagi mendekati dan mendengar sendiri permasalahan rakyat.

Menteri Besarnya Datuk Saarani Mohamad, berharap beliau lebih menyelami rintihan dan permasalahan rakyat di samping menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat menerusi pendekatan ini.

Kaunter Mesra dibuka untuk kemudahan masyarakat setempat membuat aduan.

Kaunter Mesra dibuka untuk kemudahan masyarakat setempat membuat aduan.

“Kita maklum bahawa pandemik COVID-19 sangat memberi kesan yang mendalam kepada rakyat dan kita menerima pelbagai rintihan mahupun cadangan daripada orang ramai.

“Pendekatan bertemu sendiri dengan rakyat adalah berbeza berbanding menerima aduan secara atas talian kerana kita berasa lebih dekat selain mahu memahami permasalahan mereka sebelum penyelesaian dapat dibuat,” katanya yang ditemui sempena Program Mesra di Warung Pak Mat Kampung Selat Layang-layang Kiri, di sini semalam.

Daerah Perak Tengah menjadi lokasi ketiga Program Mesra selepas Daerah Kerian dan Daerah Hulu Perak .

~RJ~

 

Tinggalkan komen anda