Skip to main content
Berita SelatanMelaka

Peniaga Pasar Ramadan Terima Pelindungan Insurans

By 19 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noraidah Mat Seh (Jasin)

JASIN, 19 April (Malaysiaaktif) – Kerajaan negeri kini membenarkan kembali pengoperasian pasar Ramadan di seluruh negeri.

Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali, berkata kerajaan negeri kini membenarkan pasar Ramadan dibuka dan semua aktiviti-aktiviti masjid dapat dijalankan dalam tempoh PKPP dengan syarat mengikut SOP yang telah ditetapkan.

“Selain dalam keghairahan membuka pasar dan bazar Ramadan terselit juga kebimbangan berpunca daripada jumlah pengunjung yang datang terlalu ramai sehingga mengakibatkan jumlah kes COVID-19 semakin meningkat disebabkan SOP yang ditetapkan tidak diikuti dengan baik.

“Di Pasar Ramadan Merlimau baharu ini, saya lihat penganjur melaksanakan SOP dengan baik sekali iaitu penjarakan satu gerai dengan gerai yang lain amat bagus sekali dan memasang pita amaran di setiap gerai,” katanya pada Majlis Pelancaran Pasar Ramadan Peringkat Daerah Jasin, di sini baru-baru ini.

Sulaiman Md Ali melawat peniaga yang sedang menjalankan perniagaan di Bazar Ramadan.

Sulaiman Md Ali melawat peniaga yang sedang menjalankan perniagaan di Bazar Ramadan.

Menurut Sulaiman, insurans ini merangkumi Perlindungan Kemalangan sebanyak RM 20,000 kehilangan kekal RM20,000, perbelanjaan pengkebumian RM2,000 dan perlindungan daripada Covid RM 1,000.

“Dengan adanya insuran ini, para peniaga tidak perlu bimbang kerana mereka dilindungi sekiranya berlaku sebarang kemalangan ketika berniaga dan bersyukur pihak Agro Bank bersedia memberikan perlindungan kepada mereka,” katanya.

-FF

Tinggalkan komen anda