Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Orang Ramai Akur Dengan SOP PKP 3.0 Diperketatkan

By 27 Mei 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)

KEMAMAN, 27 Mei (Malaysiaaktif) – Masyarakat di daerah sini rata-ratanya akur dan patuh dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) diperketatkan yang dibuat pihak kerajaan.

Menurut seorang pekerja swasta, Zawawi Ahmad, 47, sebagai rakyat kita perlu akur dan patuh dengan keputusan yang telah dibuat kerajaan, maka kita perlu berdisiplin dan mengubah tingkah laku, sikap dan amalkan dengan patuh kepada SOP.

Zawawi Ahmad, 46.

Zawawi Ahmad, 46.

Bagi seorang pekerja pasar raya, Norizzati Tawang, 25, dari Kampung Binjai berkata ramai orang membuat pembelian barang makanan secara borong kerana waktu operasi perniagaan di pasar raya dan kedai makan hanya dibenarkan beroperasi bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 8.00 malam sahaja.

“Keadaan ini menjadikan mereka agak kelam kabut untuk membeli barangan terutamanya bagi mereka yang bekerja,” katanya yang ditemui di sekitar Bandar Kemaman, di sini baru-baru ini.

Norizzati Tawang, 38.

Waktu pengoperasian perniagaan yang lebih pendek menyebabkan penduduk kelam-kabut membeli barangan keperluan – Norizzati Tawang.

Bagi Saadiah Amin, 65, dari Kampung Chukai yang juga seorang pemandu teksi berkata dia bersetuju dengan SOP PKP 3.0 diperketatkan kerana ia dapat mengehadkan jumlah orang ramai yang keluar selepas pukul 8.00 malam terutamanya golongan belia yang suka berkumpul dan melepak di kawasan bandar ataupun di kampung.

“Jika PKP 3.0 ini tidak dilaksanakan serentak, risiko ulangan gelombang penularan jangkitan virus COVID-19 seterusnya mungkin akan berlaku sekaligus membahayakan golongan berisiko tinggi terutama warga emas sepertinya,” katanya.

-ii-

Tinggalkan komen anda