Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Semangat Warga Emas Wajar Dicontohi Orang Muda

By 5 Mei 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Anis Othman/Mohd Syafiq Md Saad (Padang Terap)

KUALA NERANG, 5 Mei (Malaysiaaktif) – Seramai 278 orang warga emas di daerah ini menerima suntikan vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) fasa kedua semalam.

Menurut Hawa Mohd Isa, 89, dari Felda Bukit Tembaga, pada awalnya beliau merasa gementar untuk menerima suntikan vaksin kerana mempunyai sejarah penyakit kencing manis, namun setelah diyakinkan oleh saudara-mara, beliau terbuka hati untuk mendaftar sebagai penerima vaksin di Hospital Kuala Nerang ketika hadir untuk pemeriksaan kesihatan.

“Alhamdulillah, saya tidak merasa loya atau pening selepas disuntik dan tidak terdapat sebarang kesan ke atas diri saya malah saya rasa keadaan diri saya seperti biasa seperti sebelum terima suntikan,” katanya ketika menerima suntikan tersebut di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Tunku Putra, di sini semalam.

Pegawai Daerah menyampaikan kepada 10 orang penerima vaksin yang berusia 85 tahun dan ke atas sebagai tanda penghargaan.

Pegawai Daerah menyampaikan kepada 10 orang penerima vaksin yang berusia 85 tahun dan ke atas sebagai tanda penghargaan.

Seorang lagi warga emas Sepoora Arifin, 86, dari Kampung Labi turut hadir sebagai penerima suntikan vaksin setelah mendaftar melalui kaedah MySejahtera yang diuruskan oleh anaknya sebelum ini.

Turut hadir, Pegawai Daerah Padang Terap Datuk Md Shuhaime Abd Rahman, yang memberi kata-kata semangat dan sumbangan berbentuk hamper serta sejumlah wang tunai kepada 10 orang penerima vaksin yang berusia 85 tahun dan ke atas sebagai tanda penghargaan dan galakan kepada orang muda.

“Kehadiran mereka boleh menjadi inspirasi serta dorongan kepada golongan muda dan masyarakat di luar sana untuk menyahut seruan kerajaan selain membuktikan mereka sebagai warga emas juga tidak gentar untuk menerima vaksin,” ujarnya ketika ditemui sempena program tersebut.

~RJ~

Tinggalkan komen anda