Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

Empat PPV Baharu Bakal Dibuka di Seremban

By 26 Jun 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Jamilah Sulaiman Nasution (Seremban)

SEREMBAN, 26 Jun (Malaysiaaktif) – Seramai 20,821 individu daerah sini telah menerima suntikan vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) pada fasa pertama yang terdiri daripada petugas barisan hadapan dan 31,767 orang pada fasa kedua.

Menurut Pakar Kesihatan Keluarga, Klinik Kesihatan Seremban 2 Dr Noor Mikraz, terdapat lima buah Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) yang beroperasi dibawah kelolaan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seremban iaitu Klinik Kesihatan Senawang, Klinik Kesihatan Nilai, Klinik Kesihatan Seremban manakala dua lagi merupakan PPV Komuniti iaitu di Dewan Majlis Bandaraya Seremban dan Dewan Orang Ramai Sikamat.

“Mulai 1 Julai 2021, PKD Seremban akan menambah empat lagi PPV di daerah Seremban yang akan beroperasi dengan kapasiti lebih tinggi yang akan dibuka pada setiap hari dan empat PPV ini adalah di Dewan Orang Ramai Rantau, Dewan Orang Ramai Sendayan, Klinik Kesihatan Mantin dan Klinik Kesihatan Ampangan.

“Di samping itu, terdapat juga PPV swasta terdiri daripada sepuluh klinik swasta dan empat hospital swasta di bawah kelolaan bahagian perubatan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan yang telah beroperasi dan diberi tanggungjawab memberikan suntikan,” ujarnya ketika dalam sesi temu bual di Facebook, semalam.

Tambahnya, pihak PKD Seremban juga telah mengambil inisiatif dengan melaksanakam PPV Bergerak dimana seramai 700 orang penghuni di bawah Pusat Jagaan Warga Emas telah menerima vaksin dan fokus pemberian vaksin kini tertumpu di Pusat Jagaan Orang Kurang Upaya (OKU) serta dijangka akan berakhir pada hujung bulan ini.

“Justeru itu, peningkatan kapasiti ini diharapkan mampu memberi vaksin kepada lebih ramai penduduk, seterusnya mempercepatkan usaha negara untuk mencapai imuniti kelompok,” katanya.

-FF

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda