Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Petugas PKRC Guna Pendekatan Psikologi Elak Kanak-kanak Stress

By 26 Jun 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/Aqilah Mazlan (Putrajaya)

SERDANG, 26 Jun (Malaysiaaktif) – Menyedari perubahan suasana dan emosi yang dihadapi pesakit kanak-kanak, petugas Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) 2.0 menggunakan pendekatan psikologi untuk mendekati mereka.

Penyelia Penolong Pegawai Perubatan Dewan DG PKRC Bersepadu MAEPS 2.0 Engku Mohd Nazri Engku Mansor, berkata beliau bersama rakan-rakan petugas yang lain mencetuskan idea untuk melakukan aktiviti-aktiviti tertentu bagi menghilangkan kebosanan mereka.

“Ianya bermula sejak bulan Mac lalu, apabila jumlah pesakit kanak-kanak yang dirawat di sini semakin bertambah.

“Aktiviti kanak-kanak ini hanya bermain gajet, kelihatan kebosanan dan bergaduh sesama sendiri.

Permainan mencipta tengkolok turut dijayakan bapa kanak-kanak untuk menghilangkan rasa bosan dan tertekan dalam tempoh kuarantin mereka.

Permainan mencipta tengkolok turut dijayakan bapa kanak-kanak untuk menghilangkan rasa bosan dan tertekan dalam tempoh kuarantin mereka.

“Ini disebabkan perubahan suasana yang mereka hadapi kerana tinggal di ruang yang terbuka, jauh berlainan dengan kehidupan mereka sebelum ini,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, sokongan emosi daripada petugas banyak memberi kesan positif kepada kanak-kanak tersebut dengan mencipta permainan atau aktiviti bersama.

“Tiada modul yang tetap untuk mendekati mereka tetapi kami menerapkan pendekatan psikologi untuk ‘tackle’ dan mengetahui masalah yang mereka sedang hadapi.

“Apabila kita mengadakan satu permainan untuk kanak-kanak ini, kita dapat lihat apa yang mereka inginkan.

“Aktiviti ini hasil idea sendiri dan rakan-rakan petugas lain termasuk petugas bukan kesihatan seperti Khidmat Sokongan Kesihatan Mental dan Psikososial (MHPSS) dan anggota bomba yang sentiasa memberi sokongan,” katanya.

Penyelia Penolong Pegawai Perubatan Dewan DG PKRC Bersepadu MAEPS 2.0, Engku Mohd Nazri Engku Mansor.

Penyelia Penolong Pegawai Perubatan Dewan DG PKRC Bersepadu MAEPS 2.0, Engku Mohd Nazri Engku Mansor.

Engku Mohd Nazri berkata, setiap minggu pihaknya akan melaksanakan aktiviti-aktiviti untuk mereka seperti peraduan mewarna, senaman ringan diiriingi lagu-lagu menarik.

“Malah kami juga cipta satu tarian dinamakan ‘viral sana, viral sini’ untuk menerapkan kesedaran bahaya COVID-19 seperti amalan penjarakan sosial serta sentiasa mencuci tangan.

“Bila kita lakukan aktiviti tersebut, bapa kanak-kanak tersebut juga kelihatan teruja malah mereka turut bersama menjayakannya.

“Keseronokan kanak-kanak dan bapa mereka jelas terpancar hingga meminta agar aktiviti-aktiviti berkenaan diadakan lagi,” ujar beliau dalam nada gembira.

Salah satu aktiviti yang dilaksanakan petugas barisan hadapan untuk pesakit kanak-kanak di Dewan DG PKRC Bersepadu MAEPS 2.0.

Salah satu aktiviti yang dilaksanakan petugas barisan hadapan untuk pesakit kanak-kanak di Dewan DG PKRC Bersepadu MAEPS 2.0.

-RI

Tinggalkan komen anda