Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kes Baharu Meningkat, Catat 5,419 Kes

By 16 Jun 2021Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 16 Jun (Malaysiaaktif) – Kes baharu harian COVID-19 semalam meningkat kepada 5,419, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan di dalam negara adalah 667,876 orang setakat ini.

Kelmarin jumlah kes baharu menunjukkan penurunan apabila 4,949 kes dicatatkan berbanding 5,304 pada Ahad.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitter berkata, Selangor kekal negeri tertinggi kes harian iaitu sebanyak 1,996 orang diikuti Sarawak (718), Kuala Lumpur (650), Negeri Sembilan (396) dan Johor (366).

Selain itu, Kedah (252), Kelantan (245), Sabah (230), Melaka (155), Labuan (138), Pulau Pinang (124), Perak (68), Terengganu (43), Pahang (32), Putrajaya (lima) dan Perlis (satu).

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda