Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Pramugari Antara Sukarelawan MyVAC

By 17 Jun 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Izawati Eni (Sarawak)

KUCHING, 17 Jun (Malaysiaaktif) – Pramugari sebuah syarikat penerbangan Anglia Hendry, 32, berbangga menjadi antara salah seorang sukarelawan Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVAC) malah sangat bersyukur kerana diberi peluang membantu petugas barisan hadapan dalam usaha membendung pandemik COVID-19.

“Saya masih bertugas, namun disebabkan tiada penerbangan setakat ini, saya mengambil peluang menyertai pasukan MyVAC,” katanya ketika ditemui di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Perpaduan Negeri Sarawak, di sini semalam.

Menurut Angelia, pengalaman selama lapan tahun menjadi pramugari tidak menjadi masalah untuk beliau berhadapan dengan masyarakat terutama sekali ketika berhadapan dengan cabaran ketika menerima kehadiran seramai 4000 penerima vaksin dalam masa sehari.

Anglia, pramugari syarikat penerbangan yang menyertai sukarelawan MyVAC di PPV Stadium Perpaduan.

Anglia, pramugari syarikat penerbangan yang menyertai sukarelawan MyVAC di PPV Stadium Perpaduan.

“Ini merupakan pengalaman yang sangat berharga dan situasi sebegini mungkin hanya berlaku sekali seumur hidup, saya gembira menjadi salah seorang yang membantu rakyat ketika pandemik ini,” katanya.

Sementara itu, buat Mohammad Hizami Sait Sa’adon, 19, pelajar lepasan program asasi sebuah universiti tempatan juga turut tidak ketinggalan menyertai barisan sukarelawan MyVAC sementara menunggu panggilan temuduga ke peringkat pengajian Sarjana Muda dalam bidang Teaching English As Second Language (TESL).

Hizami, pelajar lepasan Program Asasi Universiti Tempatan yang menyertai program sukarelawan MyVAC.

Hizami, pelajar lepasan Program Asasi Universiti Tempatan yang menyertai program sukarelawan MyVAC.

“Pengalaman yang paling tidak dilupakan adalah semasa hari pertama bertugas kerana pada hari tersebut keadaan agak tegang dengan kehadiran 4000 penerima vaksin, dan kami sedaya upaya memastikan semua urusan berjalan lancar.

“Bidang kesukarelawan ini sudah sebati dalam diri kerana sudah berkecimpung seawal sekolah lagi dan berpendapat inilah masanya untuk saya menyumbang kepada negara dan percaya menjadi sukarelawan dapat membantu mengembangkan kemahiran sosial serta kepimpinan,” katanya.

-ZS

Tinggalkan komen anda