Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Sasaran 150,000 Dos Suntikan Vaksin Seluruh Negara Setiap Hari Bulan Ini

By 4 Jun 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: U.Prakash/Muhd Fakhruddin Mohd Khaderi (Daerah Barat Daya)

BAYAN LEPAS, 4 Jun (Malaysiaaktif) – Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di SPICE Arena Pulau Pinang di sini semalam.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, SPICE Arena bakal menjadi PPV bagi suntikan vaksin AstraZeneca yang beroperasi mulai 7 Jun ini.

“Pemberian vaksinasi AstraZeneca ini menyasarkan 133,000 dos untuk pusingan pertama diberikan kepada rakyat Pulau Pinang.

Khairy (tengah) bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow (kanan) serta Exco Pembangunan Luar Bandar, Kesihatan dan Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Dr Norlela Ariffin (kiri) ketika melawat PPV Spice Arena.

Khairy (tengah) bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow (kanan) serta Exco Pembangunan Luar Bandar, Kesihatan dan Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Dr Norlela Ariffin (kiri) ketika melawat PPV Spice Arena.

“Kita sasar pemberian vaksin sebanyak 1,000 suntikan sehari dan pemberian itu akan ditingkatkan kepada 3,000 dos sehari bagi hari bekerja serta 2,000 dos pada hujung minggu,” katanya pada sidang media bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow selepas melawat PPV Spice, di sini.

Katanya lagi, kadar suntikan harian seluruh negara perlu ditingkatkan dari hari ke hari supaya dipertingkatkan kepada 150,000 dos suntikan setiap hari untuk bulan ini.

Khairy juga menegaskan kepada penerima vaksin supaya datang tepat pada waktu janjitemu dan tidak berlaku kesesakkan di tempat penerimaan vaksinasi COVID-19.

Penerangan SOP berkenaan pengambilan vaksinasi COVID-19 di PPV Arena Spice oleh Fairuzi Hakim bin Ahmad, Pengurus Sekuriti SPICE Arena.

Penerangan SOP berkenaan pengambilan vaksinasi COVID-19 di PPV Arena Spice oleh Fairuzi Hakim bin Ahmad, Pengurus Sekuriti SPICE Arena.

Dalam pada itu, Chow pada sidang media sama memaklumkan bahawa Pulau Pinang menyasarkan sebanyak 9,000 hingga 10,000 dos suntikan vaksin diberikan kepada rakyat di negeri ini setiap hari bagi mencapai imuniti kelompok menjelang Oktober tahun ini.

Hadir sama, Exco Agroteknologi & Keselamatan Makanan, Luar Bandar dan Kesihatan, Dr. Norlela Ariffin; Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Dato’ Dr. Asmayani Khalib serta Pengurus Sekuriti SPICE Arena, Fairuzi Hakim Ahmad.

-ii-

Tinggalkan komen anda