Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

OP Bantu IPD Tampin Peruntukan 300 Bakul Makanan

By 19 Julai 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Noraini Mohd Nasir (Tampin)/IPD Tampin

TAMPIN, 19 Jul (Malaysiaaktif) – Bagi mengurangkan beban dan membantu golongan penduduk yang terputus bekalan makanan akibat pandemik COVID-19, Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK), Ibu Pejabat Polis daerah Tampin telah mengambil inisiatif untuk menyalurkan bantuan berupa bakul makanan asas kepada golongan terjejas ini menerusi OP Bantu peringkat IPD Tampin.

Menurut ASP Mohd Rezal Arifin, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Tampin, OP Bantu merupakan sebuah program dibawah kelolaan Kementerian Dalam Negeri dan dibantu oleh beberapa agensi kerajaan di bawahnya.

“OP Bantu merupakan sebuah program dibawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), dimana Polis di Raja Malaysia (PDRM) dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dipertanggungjawabkan untuk menjayakan program ini.

ASP Mohd Rezal Arifin bersama Skuad Amanita dan anggota RELA menyerahkan bantuan kepada keluarga yang terjejas.

ASP Mohd Rezal Arifin bersama Skuad Amanita dan anggota RELA menyerahkan bantuan kepada keluarga yang terjejas.

“Peruntukan keseluruhan adalah sebanyak 300 buah bakul makanan asas dan untuk fasa pertama bermula 7 dan 8 Julai lalu, pihak kami telah berjaya mengagihkan kepada 20 keluarga pertama yang telah dikenalpasti sebagai golongan yang sangat memerlukan,” ujar ASP Rezal sewaktu dihubungi baru-baru ini.

Bagi memudahkan proses penyaluran bantuan bakul makanan ini, ASP Rezal turut memaklumkan bahawa pihak IPD Tampin telah menyediakan beberapa medium mudah untuk orang awam hubungi, antaranya adalah menerusi panggilan telefon atau aplikasi ‘Whatsapp’.

“Pengagihan bakul makanan ini akan dikendalikan oleh pihak PDRM yang diwakili oleh pegawai dan anggota daripada BPJKK IPD Tampin, Kebajikan IPD Tampin dan Skuad Amanita (Pegawai Wanita) serta pegawai dan anggota RELA yang akan membuat penghantaran dari rumah ke rumah.

ASP Mohd Rezal Arifin mengiringi YDH DSP Ahmad Pilus Zainal, Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin menyerahkan sumbangan.

ASP Mohd Rezal Arifin mengiringi YDH DSP Ahmad Pilus Zainal, Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin menyerahkan sumbangan.

“Antara saluran lain yang disediakan adalah panggilan telefon atau aplikasi whatsapp IPD Tampin yang dimuatnaik menerusi akaun Facebook rasmi KDN atau IPD Tampin dan senarai nama turut diperolehi menerusi aktiviti rondaan semasa yang dijalankan oleh pihak Mobile Petrol Vehicle (MPV) BPJKK IPD Tampin dan anggota RELA daerah Tampin,” tambahnya.

-FF

Tinggalkan komen anda