Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Pertandingan Cipta Lagu Hari Malaysia LABUANfm Platform Pamer Karya Berkualiti

By 19 September 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Roziman Mahmudin (Labuan)/LABUANfm

LABUAN, 19 Sep (Malaysiaaktif) – Pertandingan Mencipta Lagu Hari Malaysia LABUANfm memberi peluang kepada peserta mempamerkan bakat penciptaan lagu dan lirik serta menghasilkan karya-karya berkualiti tinggi.

Menurut Pengarah Penyiaran Labuan Aminah Samsudin Mohd, program itu juga sekali gus dapat menyemarakkan semangat patriotik, cintakan negara dan memupuk perpaduan kaum dan etnik menerusi kerjasama erat sepanjang proses penciptaan lagu dan menghasilkan persembahan.

“Diharap makna kemerdekaan ini dihayati dalam kalangan masyarakat agar terus berusaha untuk mengekalkannya dan bersyukur atas nikmat keamanan dan kemakmuran yang dikecapi sehingga kini.

Kumpulan FUSH 21.

Kumpulan FUSH 21.

“Program terbitan Mcallister Michael ini juga merupakan julung kalinya dilaksanakan dengan norma baharu menerusi penggunaan media sosial sebagai medium siaran, diharapkan ia dapat merentasi sempadan menemui khalayak di mana sahaja berada sama ada di Malaysia mahupun di luar Negara,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Menurut kenyataan itu, pertandingan yang bertemakan Malaysia Prihatin itu menerima lebih 20 penyertaan dan sepuluh lagu berjaya ke peringkat akhir.

“Lagu ciptaan Isa Julkip, ‘Malaysia Ku Prihatin’ nyanyian kumpulan PH4SE 4 berjaya menjadi Johan dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000.00, tempat kedua pula menjadi milik lagu ‘Prihatin Demi Cinta Pada Negara’ nyanyian kumpulan FUSH 21 diikuti lagu ‘Prihatin Selamanya’ nyanyian Shafie, Yahya dan Wani’ma di tempat ketiga.

Shafie, Yahya & Wani’ma di tempat ketiga.

Shafie, Yahya & Wani’ma di tempat ketiga.

“Lagu ‘Malaysia Harmoni’ nyanyian kumpulan Peter Lau & Friends dan Lagu ‘Malaysiaku Prihatin’ nyanyian Sadaura Buskers, masing-masing menerima hadiah sagu hati RM1,000.00.

“Penilaian telah dilakukan tiga orang juri diketuai oleh Pengarah Muzik RTM Datuk Mokzani Ismail, bersama dua lagi juri iaitu Aminah Samsudin Mohd dan Sidi Yusof,” menurut kenyataan itu lagi.

-RI

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda