Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Jabatan Penerangan (JaPen) Perlu Terus Kuasai Media Sosial

By 31 Oktober 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorsiah Mahmud/Vicky S. Matanjang (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 31 Okt (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan (JaPen) perlu terus menguasai sosial media sebagai suatu medium komunikasi yang unggul sesuai dengan keadaan kini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Datuk Zahidi Zainul Abidin, berkata media sosial perlu dijadikan platform yang paling utama di JaPen seterusnya diikuti oleh agensi-agensi lain bawah KKMM.

IMG-20211031-WA0009

Zahidi (kiri) menerima cendera kenangan daripada Nadzerah sempena lawatan kerja beliau ke negeri Sabah.

“JaPen sebagai sebuah jabatan yang bertanggungjawab menyampaikan dasar-dasar kerajaan dan maklumat semasa terus relevan melaksanakan fungsi dan peranannya sejajar dengan perubahan masa terutamanya dalam arus teknologi digital.

“Ini kerana JaPen merupakan agensi terpenting Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia sebagai barisan hadapan bagi menyampaikan dasar-dasar kerajaan,” katanya semasa menyampaikan Majlis Amanat bersama warga Jabatan Penerangan Sabah di sebuah hotel, di sini semalam.

Zahidi berkata KKMM akan menubuhkan program ‘Sahabat Penerangan Keluarga Malaysia’ yang akan bertindak sebagai ejen membantu menyampaikan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan.

Zahidi (tengah) menandatangani buku lawatan diperhatikan Nadzerah (kiri) sejurus tiba pada Majlis Amanat bersama warga Jabatan Penerangan Sabah.

Zahidi (tengah) menandatangani buku lawatan diperhatikan Nadzerah (kiri) sejurus tiba pada Majlis Amanat bersama warga Jabatan Penerangan Sabah.

“Sahabat Penerangan Keluarga Malaysia akan diwujudkan dengan 20 orang ahli di setiap kawasan parlimen sebagai ejen penyampai maklumat kepada golongan muda.

“Usaha dan gerak kerja JaPen termasuk semua agensi KKMM amatlah dihargai kerana berjaya melaksanakan kempen vaksinasi nasional yang kini sedang berjalan dengan jayanya,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda