Foto: Gambar fail
PUTRAJAYA, 27 Okt (Malaysiaaktif) – Sebanyak 13,935 kertas siasatan berkaitan kes dadah diselesaikan dan dilupuskan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Kuala Lumpur.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata kertas siasatan berkenaan diselesaikan bagi tahun 1982 hingga tahun 2015 melibatkan Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Penagih Dadah 1983
Beliau berkata kesemua kertas siasatan ini kemudiannya akan dilupuskan esok (Rabu) mengikut Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN A402) (Pelupusan Fail/Rekod).
“Sementara itu, polis dalam sama turut melaksanakan program pelupusan barang kes dadah dari tahun 2008 hingga 2020 yang telah selesai perbicaraan melibatkan sejumlah 8,653 rampasan pelbagai jenis dadah,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, semalam.
Sementara itu, beliau berkata pihaknya merekodkan kira-kira kurang daripada 10 kompaun dikeluarkan membabitkan kesalahan melanggar Prosedur Operasi Standard Pelan Pemulihan Negara di Kuala Lumpur.
“Ia termasuk tidak mengamalkan penjarakan fizikal, tidak memakai pelitup separuh muka dan lain-lain kesalahan berkaitan pelanggaran SOP terbabit,” katanya.
— BERNAMA