Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

Kejiranan Keluarga Malaysia Taman Semarak Nilai Wajar Jadi Contoh

By 17 November 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Masitah Mat Zin (Seremban)/ Siti Hajar Kamis (Foto)

SEREMBAN, 17 Nov (Malaysiaaktif) – Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung kepada keutuhan dan kemantapan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat tanpa mengira umur, jantina, bangsa, agama dan budaya.

Hubungan erat antara jiran setempat dapat melahirkan ciri-ciri masyarakat yang berkualiti.

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan, Shahnon Mohamad berkata memupuk hubungan baik antara jiran amat penting bagi mewujudkan sebuah kehidupan yang harmoni dan aman antara jiran.

“Hubungan baik antara jiran dapat dipupuk melalui aktiviti gotong-royong dan aktiviti yang kita laksanakan pada hari ini dan amalan gotong-royong akan dapat menyatukan penduduk di sini, dimana mereka akan saling bertanya khabar, melakukan aktiviti bersama yang bertepatan dengan peribahasa seperti aur dengan tebing.

Sekitar pemandangan Gotong-Royong penduduk.

Sekitar pemandangan Gotong-Royong penduduk.

Sebagai contoh, amalan gotong-royong ini boleh dilakukan di kawasan pembiakan nyamuk aedes dan dapat menghalang masyarakat kejiranan daripada dijangkiti demam denggi dan sekiranya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat tidak dapat direalisasikan, sudah pasti hubungan baik antara jiran tidak dapat dipupuk”. ujarnya lagi dalam majlis perasmian Penutup Program Sepakat Keluarga Malaysia, baru-baru ini.

Perasmian oleh Tuan Haji Shahnon bin Mohamad, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan.

Perasmian oleh Tuan Haji Shahnon bin Mohamad, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan.

Pengerusi Masjid Al-Azim, Md Fakarudin Ab Rahman menyatakan rasa bangga dengan penganjuran buat julung-julung kali program pada hari ini dan berharap program ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa yang akan datang.

“Salah satu daripada ajaran Islam yang amat penting bagi menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat ialah amalan hidup berjiran yang secara fitrahnya, manusia tidak boleh hidup seorang diri atau mengasingkan diri. Oleh itu, Islam telah menekankan kepentingan menjalinkan hubungan dalam kalangan masyarakat sekeliling.

Hubungan yang baik dapat membentuk sifat saling membantu, bekerjasama, saling menyayangi, menghormati dan Islam amat menitikberatkan hubungan kejiranan di mana perlu saling menghormati dan sentiasa menjaga keselamatan diri dan harta benda,” katanya lagi.

Penglibatan Pelajar-Pelajar Politeknik Nilai.

Penglibatan Pelajar-Pelajar Politeknik Nilai.

Program Sepakat Keluarga Malaysia Pejabat Penerangan Daerah Seremban telah diadakan di Flat Taman Semarak Nilai pada 14 November 2021.

-FF

Tinggalkan komen anda