Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedahMA

Kursus SOP COVID-19 Kesiapsediaan Untuk Menerima Pelancong Antarabangsa

By 11 November 2021Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Nazri Saparudin (Langkawi)

LANGKAWI, 11 Nov (Malaysiaaktif) – Kejayaan pembukaan semula Langkawi sebagai destinasi rintis bagi projek gelembung pelancongan domestik bermula 16 September lalu menjadi pemangkin kepada cadangan pembukaan pulau ini kepada pelancong antarabangsa.

Perdana Menteri dan Kementerian Pelancongan Seni Dan Budaya (MOTAC) telah menetapkan Langkawi boleh dikunjungi oleh pelancong antarabangsa bermula 15 November 2021 dan bagi menyokong hasrat tersebut, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) mengambil inisiatif menganjurkan kursus Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 pemandu pelancong Langkawi.

Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Nasaruddin Abdul Muttalib dalam ucapan perasmian berkata kursus pada kali ini amat penting kerana dalam SOP Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi, semua pelancong antarabangsa diwajibkan untuk menggunakan khidmat pemandu pelancong.

“Jadi besar harapan LADA agar pemandu pelancong menyampaikan maklumat yang tepat dan membimbing pelancong asing agar sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) demi kebaikan bersama.

“Penganjuran kursus ini diharapkan dapat membantu Langkawi membina semula keyakinan pelancong asing agar mereka dapat melihat kesungguhan pemain industri pelancongan Langkawi terutamanya pemandu pelancong dalam memastikan pembukaan Langkawi ini berjalan dengan lancar dan teratur,” ujarnya.

Tambahnya, semua peserta diharapkan segala ilmu yang diperolehi dapat dikongsi dan dimanfaatkan demi industri pelancongan Pulau Langkawi.

Salah seorang peserta dari Persatuan Pemandu Pelancong Kedah, Mohd Syah Nizan Yunus.

Salah seorang peserta dari Persatuan Pemandu Pelancong Kedah, Mohd Syah Nizan Yunus.

Pemandu pelancong Langkawi, Mohd Syah Nizan Yunus, berkata sepanjang mengikuti kursus ini peserta didedahkan dengan cara-cara garis panduan dan SOP yang lebih tepat lagi sebagai menyambut ketibaan pelancong yang akan bermula bagi gelembung pelancongan antarabangsa bermula pada 15 November ini.

“Kepada rakan-rakan yang mengikuti program ini supaya kita terus bersama menjaga agar Langkawi tetap selamat dikunjungi pelancong dengan cara salah satunya mengikuti SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kepada pelancong semua yang telah datang dan yang akan datang ke Langkawi teruskan menjaga keselamatan diri dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan agar kita semua dilindungi daripada wabak COVID-19 ini,” ujarnya lagi.

Kursus Penilaian Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 bagi pemandu pelancong sempena gelembung pelancongan antarabangsa Langkawi (LITB) ini diterajui oleh LADA dengan kolaborasi strategik bersama Langkawi Tourism Academy (LTA) dan MKN dan seramai 60 orang peserta telah terlibat dalam program ini.

Peserta yang menghadiri Kursus SOP Covid-19.

Para peserta yang menghadiri Kursus SOP Covid-19.

Antara taklimat yang diadakan sempena program ini ialah Taklimat Ringkas Langkawi International Tourism Bubble yang disampaikan oleh MOTAC, Taklimat ringkas berkenaan pemandu pelancong norma baharu, MySAFE Langkawi Campaign dan SOP Pelan Pemulihan Negara berkaitan Segmen ‘Pemandu Pelancong.

Turut hadir dalam program ini ialah Pengurus Bahagian Pelancongan LADA, Azmil Munif Mohd Bukhari.

~RJ~

Tinggalkan komen anda