Skip to main content
Berita TimurTerengganu

MERIAH MARANG MONSOON RIDE 2021

By 29 November 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: RA Othman (Marang)/Pejabat Daerah Marang

MARANG, 29 Nov (Malaysiaaktif) – Marang Monsoon Ride 2021 baru-baru ini berakhir dengan sorakan meriah peserta yang jelas menunjukkan kepuasan dengan penganjuran program yang telah berlangsung secara teratur dengan pelepasan kayuhan basikal bermula dan berakhir di Dewan Sena Rendang, Bukit Payong, Marang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan, Mohd Nor Hamzah, berkata setiap tenaga yang dihabiskan untuk kayuhan yang melibatkan kawasan sekitar Bukit Payong dan Alur Limbat pagi ini adalah seimbang dengan tuntutan agama yang menitikberatkan penjagaan kesihatan tubuh badan masing-masing.

Pelepasan peserta kayuhan Marang Monsoon Ride 2021 oleh Pegawai Khas Ahli Parlimen Marang, Haron Yusof.

Pelepasan peserta kayuhan Marang Monsoon Ride 2021 oleh Pegawai Khas Ahli Parlimen Marang, Haron Yusof.

“Setiap daripada kita boleh mengambil ibrah dan panduan bahawasanya tenaga yang dikurniakan kepada kita adalah berlainan mengikut keupayaan diri kita.

Begitu juga dengan tenaga untuk akhirat iaitu ‘iman’ sebagai pemacu kepada kesediaan kita untuk berjumpa dengan Pencipta nanti,” kata beliau semasa menyampaikan ucapan sekaligus menutup acara kayuhan Marang Monsoon Ride 2021.

Program anjuran Pejabat Daerah Marang dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Marang, Pejabat ADUN Rhu Rendang, Alur Limbat, Pengkalan Berangan dan Bukit Payong ini mendapat sambutan luar biasa apabila penyertaan secara dalam talian hanya dibuka sehari sahaja kerana telah memenuhi kuota yang ditetapkan iaitu 350 peserta.

Cabutan bertuah hadiah utama yang dinanti-nanti.

Cabutan bertuah hadiah utama yang dinanti-nanti.

Walau bagaimanapun, penyertaan secara ‘walk-in’ turut dibuka kepada 100 terawal yang hadir ke Dewan Serbaguna Sena Rendang.

Menurut beliau lagi, program seperti ini perlu diperbanyakkan pada masa akan datang supaya masyarakat yang mempunyai minat dan kecenderungan yang sama dapat dikumpulkan dalam program dan aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan sesama mereka.

“Penutupan pelaksanaan program pada tahun 2021 dengan program kemasyaratan sebegini telah memberi semangat dan pembaharuan semula kepada masyarakat yang telah lama berkurung kerana mengambil langkah berjaga-jaga akibat pandemik COVID-19,” tambah beliau.

Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Negeri turut bersama-sama menyertai kayuhan Marang Monsoon Ride 2021.

Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Negeri turut bersama-sama menyertai kayuhan Marang Monsoon Ride 2021.

Turut hadir memeriahkan lagi program ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja; ADUN Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong; Datuk Bandar Kuala Terenganu, Rozali Salleh; Pegawai Daerah Marang, Lizan Che Mat dan ketua-ketua Jabatan daerah seluruh Negeri Terengganu.

Tinggalkan komen anda