Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

4,965 Kes Baharu

By 8 Disember 2021Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 8 Dis (Malaysiaaktif) – Negara mencatatkan 4,965 kes baharu COVID-19 semalam menjadikan jumlah kumulatif kes pandemik itu dalam negara kini berjumlah 2,576,870 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes baharu yang direkodkan itu 4,936 merupakan kes jangkitan tempatan melibatkan 4,715 warganegara, manakala 29 kes import membabitkan 22 warganegara.

“Daripada 4,965 kes harian yang dilaporkan pada hari ini (Selasa) 96 kes adalah kategori tiga, empat, dan lima; dan 4,869 kes lagi adalah kategori satu dan dua,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan situasi COVID-19 semalam.

Kategori satu dan dua merujuk kepada pesakit COVID-19 yang tidak bergejala serta bergejala ringan, manakala kategori tiga, empat dan lima pula ialah pesakit sama ada mengalami radang paru-paru, memerlukan bantuan oksigen dan alat bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham berkata kes sembuh pula mencatat 4,817 kes menjadikan keseluruhan kes yang telah pulih adalah 2,576,870.

Selain itu Dr Noor Hisham berkata 437 kes disahkan pesakit COVID-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 240 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak sembilan lagi kluster baharu dikesan semalam, dan ketika ini 235 kluster masih aktif di seluruh negara.

Maklumat terperinci lain berkaitan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuat naik di laman sesawang COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my dan data dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari.

-RI

Tinggalkan komen anda