Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Dasar Perpaduan Negara Beri Pendedahan Berlandaskan Konsep Keluarga Malaysia

By 14 Disember 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal/Siti Khadijah Md Isa (Kulai) 

KULAI, 14 Dis (Malaysiaaktif) – Konsep Keluarga Malaysia diperkenalkan sebagai pendekatan yang digunakan dalam pentadbiran kerajaan yang mengamalkan tiga kata kunci iaitu keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.

Sebagai menyokong Aspirasi Keluarga Malaysia, Kementerian Perpaduan Negara telah membangunkan ‘KAMI’ @ Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia 2021-2025 yang merupakan inisiatif dalam mengukuhkan penyatupaduan dan meraikan kepelbagaian di negara ini.

Menurut Pentadbir Tanah Daerah Kulai Syed Norul Shahril Syed Nasir, Pelan KAMI diharapkan akan menjadi agen sosialisasi pertama pemahaman tentang kepelbagaian etnik budaya.

“Selain itu ia juga dapat mendidik masyarakat mengenai perpaduan dan keserasian berbilang bangsa menerusi media massa serta memartabatkan Bahasa Kebangsaan dalam kalangan masyarakat,” katanya ketika berucap pada Sesi Libat Urus KAMI di Bilik Seminar Pejabat Daerah Kulai, di sini, hari ini.

Pelan KAMI diharapkan akan menjadi agen sosialisasi pertama pemahaman tentang kepelbagaian etnik budaya - Syed Norul Shahril Syed Nasir

Pelan KAMI diharapkan akan menjadi agen sosialisasi pertama pemahaman tentang kepelbagaian etnik budaya – Syed Norul Shahril Syed Nasir

Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Johor Suraya Wen berkata, tiga prinsip asas dalam hubungan antara etnik ialah faham, hormat dan terima.

“Menerusi Pelan KAMI yang diperkenalkan iaitu karib, aksesibiliti, majmuk dan inklusiviti yang diterapkan dalam Pelan Perpaduan Negara ini dapat membina keakraban Keluarga Malaysia dalam masyarakat.

“Konsep KAMI ini juga turut dapat meningkatkan aksesibiliti untuk memupuk keharmonian perpaduan pelbagai etnik serta meraikan kepelbagaian dalam Keluarga Malaysia merangkumi adat resam, agama dan identiti,” ujarnya.

Tambah beliau, pelan ini juga dapat membudayakan inklusitiviti dan keterangkuman dalam konsep Keluarga Malaysia.

Turut hadir, Pegawai Perpaduan Daerah Kulai Mohd Hairul Azni Abd Hamid, Penghulu-Penghulu Mukim Daerah Kulai dan Ketua-Ketua Kampung Daerah Kulai.

-NI-

Tinggalkan komen anda