Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Hujan Berterusan Diramal di Johor, Sabah dan Sarawak

By 24 Disember 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 24 Dis (Malaysiaaktif) – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan luruan monsun dengan keadaan itu boleh menyebabkan hujan berterusan di timur Johor, timur Sabah dan barat Sarawak dalam tempoh 28 hingga 30 Disember ini.

Luruan monsun pada 27 hingga 30 Disember itu adalah angin sejuk dari Siberia yang menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan angin kencang dan laut bergelora diramal di perairan Laut China Selatan termasuk kawasan perairan pantai timur Semenanjung pada 26 hingga 30 Disember.

“Orang awam yang merancang perjalanan ke kawasan berkenaan dinasihatkan sentiasa berwaspada dan peka dengan maklumat terkini,” menurut kenyataan itu.

Jabatan itu memaklumkan akan terus memantau keadaan cuaca setiap hari dan akan mengeluarkan amaran hujan berterusan serta amaran ribut petir jika perlu.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda