Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Ketua Isi Rumah Mangsa Kebakaran Perumahan Awam Sri Johor Dapat RM1,000

By 20 Disember 2021Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Ismail Sabri Yaakob

PUTRAJAYA, 20 Dis (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob malam ini mengumumkan bahawa setiap ketua isi rumah mangsa kebakaran Perumahan Awam Sri Johor di Cheras akan menerima bantuan berjumlah RM1,000.

“Seperti yang saya umumkan di Selangor pagi tadi mengenai bantuan untuk mangsa bencana, kebakaran ini juga merupakan bencana, jadi kita akan berikan RM1,000 kepada mereka yang terlibat yang menjadi mangsa kebakaran,” katanya selepas melawat kawasan kebakaran itu malam tadi.

Turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim.

Selain itu, Ismail Sabri berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyediakan kediaman baharu buat mangsa kebakaran terbabit yang melibatkan lapan unit rumah di tingkat teratas bangunan empat tingkat itu.

“Tingkat tiga ke bawah sekiranya tidak membahayakan penduduk boleh berpindah masuk ke rumah,” katanya.

Menurut perdana menteri kebakaran itu berjaya dikawal oleh pihak bomba, namun punca kebakaran masih dalam siasatan.

Dalam kejadian pada kira-kira 9.20 malam itu, lapan unit rumah di tingkat empat Blok 31 Perumahan Awam Sri Johor, Cheras terbakar dan operasi pemadaman masih dijalankan.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda