Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Jemaah Sokong Rapatkan Saf Solat Berjemaah

By 20 Disember 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Nor Emylia Lot/ Mohammad Afiq Ahmad Zaid (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 20 Dis (Malaysiaaktif) – Majoriti jemaah masjid dan surau setempat menyokong penuh usul Kerajaan Terengganu untuk membolehkan umat Islam di negeri ini merapatkan saf ketika solat.

Sebelum ini, kerajaan negeri masih lagi menunggu keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkaitan cadangan berkenaan.

Sementara itu, tinjauan di beberapa masjid sekitar sini mendapati, majoriti jemaah yang hadir di masjid dan surau menyokong penuh dan mengharapkan kelulusan berkenaan diberikan dengan kadar segera.

Menurut Imam Masjid Padang Nenas, Che Abdullah Che Ali, berkata usul berkenaan disokong sepenuhnya oleh semua Jemaah yang hadir ketika ini.

“Masyarakat muslim umumnya sangat mengutamakan solat lima waktu sehari semalam. Malah, tuntutan Rukun Islam yang kedua ini jelas kepentingannya terhadap pembentukan iman dan taqwa seseorang insan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam selepas selesai menunaikan solat.

Che Abdullah Che Ali, percaya kerajaan negeri telah mengambil tindakan drastik berkaitan usul berkenaan.

Che Abdullah Che Ali, percaya kerajaan negeri telah mengambil tindakan drastik berkaitan usul berkenaan.

“Kami para jemaah percaya kerajaan negeri telah melaksanakan gerak kerja untuk memartabatkan institusi agama sekaligus, memikirkan pelbagai aspek dakwah serta pembinaan insan akan diperkemaskan lagi,” katanya.

Sementara itu, seorang jemaah masjid, Tuan Fazlan Tuan Azhar, 29, berkata cadangan berkenaan perlu diambil serius ini untuk merapatkan saf setelah melalui fasa endemik COVID-19 dan kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) di masjid–masjid di dalam negeri ini.

“Pihak agensi dan jabatan yang berkaitan perlu lebih bersikap terbuka dalam menerima pandangan dan cadangan bagi menjalankan aktiviti berkaitan keagamaan,” katanya.

Katanya, sebagai contoh semua pihak perlu kembali melihat di sebalik kemenangan tentera Sultan Al-Fateh, terdapatnya ketua dan para pejuang yang amat menitik beratkan hal solat berjemaah dan memperolehi kemenangan dalam menangkis sesuatu bencana.

Tuan Fazlan Tuan Azhar, pihak agensi dan jabatan yang berkaitan perlu lebih bersikap terbuka dalam menerima pandangan dan cadangan orang ramai berkaitan usul berkenaan.

Tuan Fazlan Tuan Azhar, pihak agensi dan jabatan yang berkaitan perlu lebih bersikap terbuka dalam menerima pandangan dan cadangan orang ramai berkaitan usul berkenaan.

Menggulas mengenai cadangan atau usul berkenaan Kerajaan Negeri Terengganu, telah berbincang dengan pihak berwajib mengenai solat berjemaah di masjid dan surau negeri ini, bagi membolehkan kewajipan umat Islam itu dilakukan tanpa penjarakan sosial.

Walaubagaimanapun, sebarang tindakan dan keputusan berkenaan perlu diseragamkan dan diselaraskan oleh semua pihak sebelum diluluskan.

Tinggalkan komen anda