Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Polis Nafi Arah Penduduk Kosongkan Rumah

By 22 Disember 2021Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/IPD Gombak

GOMBAK, 22 Dis (Malaysiaaktif) – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menafikan pihaknya mengeluarkan kenyataan agar penduduk Kampung Sungai Tua Tanah Gantian, di sini mengosongkan rumah susulan pelepasan air Empangan Batu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed, berkata timbul salah faham kalangan penduduk semasa lawatan kebajikan pihaknya ke kampung tersebut.

“Pihak polis menasihatkan orang awam menjadi pengguna media sosial yang bijak dan bertanggungjawab.

Tular hari ini satu akaun Facebook mengatakan pihak polis mengarahkan penduduk agar mengosongkan rumah disebabkan pelepasan air Empangan Batu.

Tular hari ini satu akaun Facebook mengatakan pihak polis mengarahkan penduduk agar mengosongkan rumah disebabkan pelepasan air Empangan Batu.

“Jangan sebarkan berita tidak sahih sehingga membangkitkan kegusaran dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, tindakan tegas boleh diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menyalahgunakan media sosial untuk menyebarkan berita palsu.

Terdahulu, tular di sebuah akaun Facebook mengatakan pihak polis telah mengarahkan penduduk Kampung Sungai Tua Tanah Gantian untuk mengosongkan rumah disebabkan pelepasan air Empangan Batu akan dibuat secara perlahan-lahan.

-RI

Tinggalkan komen anda