Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Semi-Bin Underground Inovasi Bandar Pintar Pengerang

By 6 Disember 2021Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shahqrul Azim Shaari/ Norasilah Ibrahim (Kota Tinggi)

KOTA TINGGI, 6 Dec (Malaysiaaktif) – Teknologi Semi-Bin Underground dalam pengurusan sisa pepejal merupakan inovasi terbaharu yang diperkenalkan Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) di mana tong sampah akan ditanam separa tanah untuk mengisi sampah dengan kuantiti yang tinggi.

Menurut Yang Dipertua MPP Fizwan Mohd Rashid, inisiatif ini dilaksanakan bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan Pengerang sebagai bandar pintar.

“Sebagai sebuah bandar pintar, MPP tentunya ingin meningkatkan kualiti persekitaran dan pengurusan sisa pepejal yang lebih komprehensif.

“Syarikat Zaquin Ventures Sdn Bhd telah dilantik sebagai kontraktor dalam projek ini di mana sebanyak enam buah tong Semi-Bin Underground akan ditanam di beberapa lokasi terpilih iaitu di Taman Desaru Utama dan Terminal Bas serta Teksi Bandar Penawar,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Program Pengurusan Sisa Pintar Majlis Perbandaran Pengerang, di sini, hari ini.

Tambah beliau, Semi-Bin Underground akan menggunakan sistem Smart Deep Collection System di mana setiap tong sampah akan dipasang sensor yang dapat mengesan isipadu sampah yang terdapat di dalam tong sampah tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor Ayub Jamil (tengah) menyaksikan penanaman tong sampah semi-bin underground.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor Ayub Jamil (tengah) menyaksikan penanaman tong sampah semi-bin underground.

“Tong sampah ini yang berkedalaman 1.5 meter yang bercirikan inovasi mesra alam ini dapat menampung kuantiti sampah sehingga tiga meter padu, mengurangkan bau busuk sehingga 60 peratus selain meminimakan jumlah penyediaan tong sampah dalam kawasan pentadbiran MPP.

“Setiap tong sampah yang telah penuh akan digantikan dengan yang baharu dan ini pastinya meningkatkan kecekapan pengurusan sisa pepejal,” ujarnya.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Ayub Jamil dalam ucapan perasmiannya menyeru agar rakyat di kawasan tadbiran MPP agar sentiasa menyokong setiap usaha kerajaan dalam melestarikan alam sekitar dan meningkatkan kualiti hidup rakyat.

“Saya berharap MPP akan terus mempergiatkan usaha-usaha ini dalam memajukan kawasan Pengerang agar masyarakat di kawasan ini menerima manfaatnya tanpa mengabaikan alam sekitar.

“Setiap lapisan masyarakat perlu berganding bahu dalam menjadikan Pengerang sebagai sebuah bandar pintar yang selesa didiami,” katanya.

Beliau berkata, percubaan awal projek pilot pengurusan sisa pintar ini akan dilaksanakan selama 22 bulan di kawasan komersial terpilih dalam kawasan pentadbiran MPP.

“Sekiranya berjaya, projek ini akan diperluaskan lagi ke kawasan-kawasan yang lain dalam memastikan pengurusan sampah kekal sistematik dan mampan,” tambahnya.

Turut hadir, Pegawai Daerah Kota Tinggi Datin Paduka Hazlina Jalil, ADUN Penawar Datuk Sharifah Azizah Syed Zain dan Ketua Whip MPP Ghazali Abbas.

-NI-

Tinggalkan komen anda