Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

2,842 Kes Baharu Dilaporkan

By 5 Januari 2022Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 5 Jan (Malaysiaaktif) – Sebanyak 2,842 kes baharu COVID-19 dilaporkan semalam menjadikan kes kumulatif dijangkiti wabak itu adalah 2,769,886.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes baharu itu, 47 kes adalah Kategori Tiga, Empat dan Lima manakala 2,795 kes ialah Kategori Satu dan Dua.

“Kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 252 manakala kes memerlukan bantuan pernafasan adalah 134,” katanya menerusi satu kenyataan berhubung perkembangan COVID-19 semalam.

Mengenai jumlah kes sembuh, Dr Noor Hisham berkata 2,862 kes dicatatkan menjadikan jumlah kumulatif pulih daripada jangkitan wabak itu adalah 2,698,613 kes.

Beliau berkata dua kluster baharu turut dikenal pasti dengan 200 kluster masih aktif setakat ini, sementara nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) di negara ini mencatatkan 0.99, kelmarin.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir ialah 465 kes dengan pertambahan empat kes baharu setakat 3 petang semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata 135 kes penyakit berjangkit dikesan dalam kalangan mangsa banjir terdiri daripada 102 kes Jangkitan Saluran Pernafasan Akut, penyakit kulit (28) dan Acute Gastroenteritis (lima).

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda