Skip to main content
Berita SelatanMelaka

332 Penduduk Kota Laksamana Terima Bantuan Banjir

By 4 Januari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Surega Vasuthevan / Nurul Jannah Shamsol Anuar (Melaka)

MELAKA, 4 Jan (MalaysiaAktif) – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Negeri Melaka menyantuni sebanyak 332 mangsa banjir dalam Majlis Penyerahan Bantuan Bencana NADMA bagi Dun Kota Laksamana di Dewan Hang Tuah yang berlangsung semalam.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Kota Laksamana, Abidullah Salleh, program penyerahan bantuan ini adalah peruntukkan NADMA sepertimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

“ Dun Kota Laksamana terdapat beberapa kawasan yang terjejas akibat banjir antaranya Kampung Morten, Kampung Enam Dan Kampung Pengkalan Rama Pantai.

“JAPERUN sentiasa mengambil maklum terhadap keresahan dan kebimbangan penduduk Dun Kota Laksamana dengan keadaan banjir yang dilihat kerap berlaku terutamanya pada tahun 2021,”ujarnya.

Antara mangsa yang menerima bantuan banjir daripada NADMA.

Antara mangsa yang menerima bantuan banjir daripada NADMA.

Turut hadir, Ketua Penolong Pegawai Daerah Melaka Tengah Idi Fazlul Zainuddin, Penghulu Kota Laksamana, Jeffry Ahad dan Setiausaha JAPERUN Kota Laksamana, Mohd Shahril Yahya.

-FF

Tinggalkan komen anda