Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

Badut Ceriakan Kanak-kanak Di PPS

By 7 Januari 2022Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Naim (Jempol) / Pusat Komuniti Desa

JEMPOL, 6 Jan (Malaysiaaktif) – Kanak-kanak yang terkesan akibat musibah banjir di daerah Jempol telah menerima kehadiran Penggiat Seni Kreatif (Badut) dalam satu Program Misi Penghibur Hati Kanak-Kanak dan masyarakat setempat di Pusat Penempatan Sementara (PPS) SK Palong 1 petang semalam.

Program yang dianjurkan oleh Persatuan Seniman Badut Malaysia turut mendapat kerjasama daripada Pusat Komuniti Desa (PKD) Serting Ilir, Persatuan Asrama Belia Malaysia (MYHA) Jempol dan juga Majlis Belia Daerah Tampin.

Menerusi program ini, pelbagai aktiviti yang telah diadakan bagi menceriakan bukan sahaja kepada kanak-kanak malahan juga turut sama disertai dikalangan ibubapa. Dalam masa yang sama Persatuan Seniman Badut Malaysia turut mengagihkan bahan bacaan dan lain-lain peralatan seperti buku cerita, alat permainan, makanan dan alat tulis kepada kanak-kanak yang berada di PPS supaya lebih gembira dan boleh melakukan aktiviti sendiri.

Bagi Mohd. Akmal Ashraf Jamal Abd. Nasir, 32, berkata, inisiatif yang dilakukan ini adalah salah satu bentuk bantuan kepada kanak-kanak dalam menghilangkan rasa tertekan berada di PPS. “Dengan cara ini kami dapat melihat kegembiraan kanak-kanak dan juga masyarakat disini memandangkan kita sedia maklum disini mungkin ada dikalangan mereka yang tidak selesa”.

Menurut beliau lagi setiap PPS yang di kunjungi memberikan layanan yang mesra dari masyarakat terutama kanak-kanak dan lebih bermakna lagi ianya adalah merupakan kali pertama Persatuan Seniman Badut Malaysia membuat program di Pusat Pemindahan Sementara di Daerah Jempol.

Tambah beliau, “kerja amal seperti ni perlu diteruskan pada masa akan datang, bukan saja hanya di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bahkan di seluruh Malaysia terutamanya melibatkan rumah kanak-kanak agar mereka dapat merasakan kegembiraan”.

Sementara itu, Nurulazma Shafiqah yang merupakan pengurus Pusat Komuniti Desa Serting Ilir melahirkan rasa terharu dan berterima kasih kepada Persatuan Seniman Badut Malaysia di atas penganjuran misi penghibur hati kanak-kanak di pps. Ujarnya lagi, “Pusat Komited Desa akan sentiasa memberikan kerjasama yang terbaik dengan pelbagai pihak dan bagi penglibatan pada hari ini kita turut memberikan buah tangan kepada kanak-kanak disini serta turut bersama kami adalah sukarelawan bagi membantu apa yang patut”.

Program penghibur hati kanak-kanak ini telah berakhir di Pusat Penempatan Sementara Taman Pinggiran Felda Sg Kelamah, daerah Tampin.

-FF

Tinggalkan komen anda