Foto: Infografik Kementerian Kewangan
PUTRAJAYA, 27 Jan (Malaysiaaktif) – Harga runcit petrol RON97 naik 5 sen seliter manakala RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 27 Januari hingga 2 Februari ini.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan semalam memaklumkan harga runcit petrol RON97 naik daripada RM3.07 kepada RM3.12 seliter manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.05 dan RM2.15 seliter.
“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
— BERNAMA