Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kes Meningkat kepada 3,543 Kes

By 7 Januari 2022Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 7 Jan (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 terus meningkat hari ini kepada 3,543 kes semalam berbanding 3,270 kes kelmarin, menjadikan kes kumulatif dijangkiti wabak itu adalah 2,776,699 setakat semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes baharu itu, 53 kes adalah kategori tiga, empat dan lima manakala, 3,490 kes lagi ialah kategori satu dan dua.

“Kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 253 manakala kes memerlukan bantuan pernafasan adalah 130,” katanya menerusi satu kenyataan berhubung perkembangan COVID-19 semalam.

Mengenai jumlah kes sembuh, Dr Noor Hisham berkata 3,484 kes dicatatkan menjadikan jumlah kumulatif pulih daripada jangkitan wabak itu adalah 2,705,292 kes.

Beliau berkata tujuh kluster baharu turut dikenal pasti dengan 190 kluster masih aktif setakat ini, sementara nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) di negara ini mencatatkan 0.97, kelmarin.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata tiada pertambahan kes COVID-19 baharu melibatkan mangsa banjir, dan jumlah kes kekal 465 kes.

Beliau berkata 33 kes penyakit berjangkit dikesan dalam kalangan mangsa banjir terdiri daripada 22 kes Jangkitan Saluran Pernafasan Akut, penyakit kulit (10) dan Acute Gastroenteritis (satu).

— BERNAMA

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda