Skip to main content
Berita SelatanMelaka

Komuniti Keluarga Malaysia DUN Kesidang Ceriakan (PPS)

By 5 Januari 2022Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto : Nurul Jannah Shamsol Anuar/Surega Vasuthevan (Batu Berendam)

BATU BERENDAM, 5 Jan (MalaysiaAktif) – Banjir kilat yang melanda negara sejak penghujung tahun 2021 telah menyebabkan banyak kawasan perumahan yang terjejas ekoran daripada bencana ini. Negeri Melaka tidak terkecuali mengalami banjir kilat yang teruk di ketiga tiga daerah di negeri ini.

Menurut Pengerusi Komuniti Keluarga Malaysia Bunga Kesidang Zon A, Johari Ali berkata banjir yang berpunca daripada limpahan air sungai yang turun ke kawasan rendah menyebabkan penduduk di kawasan tersebut akur untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) demi keselematan seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa.

“Dun Kesidang telah membuka beberapa PPS seperti di SK Taman Merdeka, SK Batu Berendam 1 dan SK Batu Berendam 2. Seramai 301 mangsa yang telah dipindahkan ke SK Batu Berendam 2 ini di mana penduduk yang dipindahkan di sini adalah daripada kawasan Taman Datuk Thamby Chik Karim,Taman Merdeka Jaya dan Taman Melaka Baru.

“Lebih 90 orang kanak-kanak di sini dan saya menyokong pendekatan murni pihak Pejabat Penerangan Daerah Melaka Tengah dalam mendekati mangsa disini khususnya golongan kanak-kanak. Sedikit sebanyak dapat memberi keceriaan kepada mereka dan dengan adanya penglibatan Komuniti Keluarga Malaysia ini, ia juga turut memberi impak kepada tujuan penubuhan komuniti ini,” ujar beliau.

Pegawai Penerangan Daerah Melaka Tengah , Noor Adha Hashim bersama Pengerusi Komuniti Keluarga Malaysia Bunga Kesidang Zon A ketika menyerahkan aiskrim potong kepada kanak-kanak di PPS SK Batu Berendam 2.

Pegawai Penerangan Daerah Melaka Tengah , Noor Adha Hashim bersama Pengerusi Komuniti Keluarga Malaysia Bunga Kesidang Zon A ketika menyerahkan aiskrim potong kepada kanak-kanak di PPS SK Batu Berendam 2.

Pejabat Penerangan Daerah Melaka Tengah bersama sama ahli jawatankuasa Komuniti Keluarga Malaysia Bunga Kesidang Zon A bekerjasama mengadakan lawatan singkat di PPS SK Batu Berendam 2 bagi menyantuni mangsa dan bertanya khabar serta memberi aiskrim potong kepada kanak-kanak dan mangsa di sana bagi menceriakan suasana disaat mereka ditimpa musibah.

-FF

Tinggalkan komen anda