Skip to main content
Berita SelatanMelaka

Melaka Pelopor Industri Pemasangan Kilang Kereta Elektrik

By 5 Januari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Amirul Azim Othman (Melaka)

MELAKA, 5 Jan (MalaysiaAktif) – Sebuah majlis ringkas penyerahan kereta elektrik dan beca elektrik telah diadakan bertempat di perkarangan Lobi Blok Seri Bendahari, Seri Negeri semalam.

Simbolik penyerahan kereta eletrik dan beca elektrik bermaksud Melaka bakal menerima pelaburan baharu yang bernilai RM 1 bilion daripada syarikat Fieldman EV Sdn Bhd yang difahamkan merupakan sebuah syarikat bumiputera tempatan yang berhasrat membina kilang pemasangan kereta eletrik yang pertama di negara Malaysia.

Menurut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, pembukaan kilang yang dicadangkan di kawasan perindustrian Lipat Kajang bakal memanfaatkan 5,000 peluang pekerjaan baharu.

“Kerajaan negeri senantiasa mengalu-alukan kerjasama antara pemain industri automotif khususnya di negeri Melaka yang bakal merancakkan lagi ekonomi negeri Melaka.

“Selain itu, pihak kerajaan negeri Melaka juga, telah bersetuju untuk menyerahkan satu unit kereta eletrik dan beca eletrik kepada pihak Universiti Teknologi Melaka (UTeM) bagi tujuan penyelidikan kepada para pelajar mengenai kenderaan elektrik,”katanya.

Ketua Menteri Melaka bergambar bersama kereta elektrik yang diterima.

Ketua Menteri Melaka bergambar bersama kereta elektrik yang diterima.

Tambahnya lagi, hal ini sejajar dengan hasrat kerajaan negeri yang menyokong penuh usaha dalam melestarikan Negeri Melaka melalui penggunaan teknologi hijau.

“Keseimbangan ekosistem melalui teknologi hijau bukanlah merupakan sesuatu perkara baru di dunia, malah ianya telah diaplikasikan di beberapa negara yang maju di dunia serta terbukti keberkesanannya,” ujar Ketua Menteri Melaka.

-FF

Tinggalkan komen anda