Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Mesyuarat Agung Pertama Persatuan Pegawai Penerangan Negeri Perak

By 3 Januari 2022Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Larut Matang dan Selama)/PPPEDA

Sungai Siput, 3 Jan – Mesyuarat Agung Pertama Persatuan Pegawai Penerangan Daerah Negeri Perak (PPPEDA) melantik Jawatankuasa sesi 2022 – 2023.

Persatuan ini mengumpulkan Pegawai Penerangan Daerah Negeri Perak dan juga yang pernah bertugas di negeri ini.

Pengerusi PPPEDA, Ashman Ahmad, berkata platform ini merupakan inisiatif untuk berkongsi idea dan pandangan luar selain kerja hakiki, bagi meningkatkan prestasi dan motivasi Pegawai Penerangan Daerah agar meningkatkan keberadaan mereka bukan sahaja di daerah tempat mereka bertugas, malahan seluruh negeri bahkan negara.

Sesi latihan sukan Wood Ball, salah satu sukan harapan Kolej Komuniti Sungai Siput.

Sesi Taklimat dan Hebahan Mengenai Kolej Komuniti Sungai Siput sebelum Mesyuarat Agung Pertama PPPEDA.

Tambahnya, kadang kala Pegawai Penerangan sibuk dengan tugasan dilapangan membantu jabatan-jabatan lain dalam daerah sama.

Keadaan ini menyebabkan mereka terlupa bahawa terdapat perkara-perkara utama yang perlu mereka terokai bagi meningkatkan ilmu dan kompetensi Pegawai Penerangan Daerah atau Pegawai Perhubungan Awam di peringkat daerah yang diwakili.

Selain itu turut diadakan sesi hebahan pengambilan pelajar Kolej Komuniti Sungai Siput dan penerangan berkaitan sukan wood ball yang menjadi sukan harapan Kolej Komuniti Sg Siput.

Beberapa usul lain antaranya membuka ruang dan peluang Pegawai Perhubungan Awam yang bertugas di Perak menyertai PPPEDA sebagai ahli bersekutu.

Sesi latihan sukan Wood Ball, salah satu sukan harapan Kolej Komuniti Sungai Siput.

Sesi latihan sukan Wood Ball, salah satu sukan harapan Kolej Komuniti Sungai Siput.

Beberapa cadangan dimajukan untuk menjana pendapatan persatuan dan lawatan ilmiah ke tempat-tempat menarik serta bantuan kemanusiaan demi memperkasakan jiwa kesukarelawanan dalam kalangan ahli PPPEDA.

Majlis Perasmian ringkas Mesyuarat Agung Persatuan Pegawai Penerangan Daerah Negeri Perak disempurnakan oleh Pengarah Kolej Komuniti Sungai Siput, Zulkifli Manan.

Turut diadakan sesi latihan secara fizikal sukan Wood ball yang dikendalikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Kolej Komuniti Sungai Siput, Siti Norhana Ismail.

~RJ~

Tinggalkan komen anda