Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

DUGAAN TAHUN BAHARU, KEDAI CERMIN MATA HANGUS TERBAKAR

By 3 Januari 2022Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto : Abd Aziz Osman (Seberang Perai Utara)

KEPALA BATAS, 3 Jan (Malaysiaaktif) – Satu kebakaran telah berlaku melibatkan sebuah kedai cermin mata di Pusat Perniagaan Taman Bertam Putra pagi ini.

Pemilik kedai, Nur Ashikin Md Amin berkata kebakaran yang berlaku sekitar 11.35 pagi itu adalah ujian dan dugaan Tahun Baharu buatnya.

“Ketika kejadian saya dan anak berada di dalam kedai dan tiba-tiba terdengar satu bunyi letupan kuat di bahagian stor sehingga menyebabkan bau hangit dan kepulan asap.

Nor Ashikin  menceritakan detik kejadian kebakaran yang berlaku di premis perniagaannya.

Nor Ashikin menceritakan detik kejadian kebakaran yang berlaku di premis perniagaannya.

“Sedar akan kejadian tersebut, saya terus membawa anak yang berusia 9 bulan keluar daripada kedai dan ketika itu, saya hanya fikirkan keselamatan anak sahaja dan tidak sempat untuk menyelamatkan barang-barang di dalam kedai,”katanya.

Tiga jentera bomba dari Balai Bomba Dan Penyelamat Kepala Batas berjaya mengawal kebakaran tersebut daripada terus merebak ke premis lain.

Hampir kesemua bahagian bawah premis yang menempatkan barangan kelengkapan cermin mata hangus terbakar.

Anggaran kerugian masih lagi dalam siasatan.

Nur Ashikin yang mengusahakan kedai cermin mata bersama suaminya sejak empat tahun lalu redha akan ujian yang dihadapi dan tidak menyangka itu adalah dugaan buatnya di Tahun Baharu 2022.

Tinggalkan komen anda