Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Permohonan Pelanjutan Tempoh Surat VDR Pekerja Asing 15 Februari-30 September

By 26 Januari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 26 Jan (Malaysiaaktif) – Majikan yang layak boleh mengemukakan permohonan pelanjutan tempoh surat Visa Dengan Rujukan (VDR) bagi pekerja asing (pelbagai sektor) bemula 15 Februari hingga 30 September ini.

Menurut notis makluman Bahagian Pekerja Asing Jabatan Imigresen, kelayakan melibatkan majikan yang telah dikeluarkan surat VDR pada 1 November 2019 hingga 31 Disember 2020, atau majikan yang telah membuat bayaran VDR pada 1 November 2019 hingga 31 Disember 2020 tetapi surat VDR belum dicetak.

Menurut notis itu, syaratnya adalah majikan telah mendapat pelanjutan surat kelulusan bersyarat penggajian pekerja asing di Pusat Kelulusan Setempat (OSC) Kementerian Dalam Negeri.

Majikan juga perlu mengemukakan laporan pemeriksaan kesihatan (bioperubatan) yang masih sah laku, insurans termasuk perlindungan COVID-19 dan Skim Perlindungan Kesihatan Pekerja Asing (SPIKPA) baharu kecuali sektor peladangan.

Majikan atau wakil majikan juga perlu hadir ke ibu pejabat imigresen di Putrajaya atau pejabat imigresen negeri mengikut alamat majikan dengan mengemukakan dokumen yang diperlukan.

Notis itu menyatakan tempoh lanjutan surat VDR yang diberikan adalah selama empat bulan dari tarikh surat dikeluarkan.

“Majikan tidak perlu memohon MyTravelPass bagi pekerja asing yang dikeluarkan surat VDR baharu atau lanjutan,” menurut notis itu.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda