Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Aktifkan Penyahihan Dua Faktor (2FA)

By 10 Februari 2022Tiada komen2 minit bacaan

PUTRAJAYA, 10 Feb (Malaysiaaktif) –Β Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menasihati orang ramai untuk mengaktifkan penyahihan dua-faktor (two-factor authentication – 2FA) sebagai ciri keselamatan bagi melindungi akaun media sosial dan platform pemesejan segera, selain daripada kata laluan pengguna.

Melalui 2FA, pengguna diminta untuk memasukkan kod log masuk atau kunci keselamatan khas bagi mengakses akaun, dan mendapat amaran sekiranya terdapat percubaan log masuk daripada pelayar atau peranti yang tidak dikenali dan akan diminta mengesahkan percubaan log masuk setiap kali terdapat cubaan dibuat.

Menurut SKMM dalam kenyataan hari ini, penggunaan kata laluan sebagai satu-satunya langkah keselamatan di alam maya adalah lemah dan terdedah kepada risiko penggodaman atau pengambilalihan akses.

Menurut suruhanjaya itu, aduan berkaitan penggodaman dan kehilangan akses meningkat sebanyak 55 peratus kepada 2,483 aduan pada 2021 berbanding 1,599 aduan pada 2020.

“Risiko keselamatan sebegini menjadikan penggunaan 2FA lebih mendesak, kerana risiko penggodaman atau pengambilalihan akaun bukan sahaja boleh mengakibatkan kecurian identiti malah boleh membawa kepada penipuan melibatkan kerugian ribuan ringgit,” menurut kenyataan SKMM.

SKMM juga menasihatkan orang ramai untuk tidak klik pada pautan mencurigakan yang diterima melalui e-mel serta berwaspada dengan panggilan telefon atau mesej daripada individu meminta berkongsi kod khas seperti kod keselamatan akaun media sosial serta aplikasi pemesejan.

“Perkongsian kod khas tersebut hanya akan memberi peluang mudah kepada pihak tidak bertanggungjawab bagi mengambil alih akaun media sosial atau aplikasi pemesejan pengguna,” menurut SKMM.

Maklumat berhubung pengaktifan penyahihan dua-faktor boleh didapati menerusi laman Facebook – Login alert and two-factor authentication: www.facebook.com/help/148233965247823/, Twitter–How to use two-factor authentication: https://help.twitter.com/en/managing-your-account/two-factor-authentication dan Google 2-step verification:https://www.google.com/landing/2step/.

Pengguna Instagram boleh melayari https://help.instagram.com/566810106808145, TikTok (https://www.tiktok.com/safety/youth-portal/keep-your-account-secure) WhatsApp (https://faq.whatsapp.com/general/verification/how-to-manage-two-step-verification-settings), Telegram (https://telegram.org/blog/sessions-and-2-step-verification) dan Signal PIN (https://support.signal.org/hc/en-us/articles/360007059792).

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda