
Laporan/foto : Norshazila Ahmad (Klang)
KLANG, 12 Feb 2022 (Malaysiaaktif) – Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang merayu kepada penderma darah kumpulan A dan O untuk tampil menderma darah kerana bekalan darah tersebut menurun sejak kebelakangan ini berikutan cuti perayaan baru-baru ini.

Chay Chuan Yen, penderma darah kumpulan O, tampil menderma darah apabila mendapat makluman dari HTAR yang mengalami kekurangan bekalan darah O.
Pegawai Perubatan Dr. Sudarcini A/P Arumugam berkata HTAR merayu kepada penderma darah terutamanya kumpulan A dan O untuk tampil menderma darah di HTAR atau kempen derma darah bergerak anjuran HTAR bagi memastikan bekalan darah tersebut sentiasa mencukupi untuk kegunaan pesakit di Selangor. Katanya selepas ditemui semasa Program derma darah dengan kerjasama Syarikat Yuwigou (M) Sdn Bhd. yang berlangsung di Aeon Mall Bukit Tinggi, Klang.
-ZS-