
Laporan/foto: Fandy Azam (Melaka Tengah)
KLEBANG, 9 Feb ( Malaysiaaktif) – Encore Klebang merupakan salah satu daripada tiga Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Daerah Melaka Tengah bagi Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan Kanak – Kanak (PICK Kids) berumur 5 hingga 11 tahun.
PICK Kids Negeri Melaka telah bermula pada 9 Februari 2022 dimana ibu bapa yang telah mendaftar anak melalui aplikasi MySejahtera akan menyemak notifikasi untuk mendapatkan tarikh temujanji anak mereka.
Dijangka 300 orang kanak – kanak mendaftar diri dalam vaksinasi bagi memastikan golongan ini mendapatkan imuniti diri pada tahap optimum dan membolehkan mereka bersosial dengan selamat diluar rumah serta sekolah sebagai tempat menimba ilmu disamping bebas dalam melakukan rutin harian.
-ZS-