Laporan/foto: Abd Aziz Osman (Pulau Pinang)
KEPALA BATAS, 23 Feb (Malaysiaaktif) – Penduduk di sekitar Pulau Pinang yang meminati aktiviti sukan lasak dan mencabar boleh mencuba sukan All Terrain Vehicle (ATV) yang bertempat di Kampung Permatang Tinggi C, Kepala Batas.
Pusat ATV Park Bertam yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dato’Ir Zakiyuddin Abd Rahman pada 30 Januari yang lalu telah dibuka kepada orang ramai.
Pusat ATV ini menyediakan hampir 50 buah ATV pelbagai saiz dengan pakej harga serendah RM120.
Kepada yang baru mula hendak mencuba sukan lasak ini, anda boleh memilih pakej pertama dengan kos RM120 bagi sebuah ATV dengan had masa diberikan selama 40 minit.
-ZS-