Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Mangsa Banjir Terima Bakul Makanan Persatuan Penggiat Media Labuan

By 24 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Persatuan Penggiat Media Labuan

LABUAN, 24 Feb (Malaysiaaktif) – 100 bakul makanan sumbangan Persatuan Penggiat Media Labuan diagihkan kepada masyarakat yang terjejas dengan kejadian banjir di pulau itu.

Menurut Presiden Persatuan Penggiat Media Labuan, Jainudin Djimin, fasa pertama pengagihan bakul makanan itu melibatkan 34 orang penerima dari Kampung Rancha-Rancha, Kampung Ganggarak, Kampung Sungai Lada, Kampung Sungai Bedaun dan Kampung Batu Arang.

“Majils penyerahan yang dilaksanakan secara pandu lalu itu disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Penerangan Labuan merangkap Penasihat Persatuan Penggiat Media Labuan, Rasil Hajatil mewakili Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias.

“Baki Bakul makanan akan kita sampaikan kepada Ketua-Ketua Kampung yang terlibat di perkarangan Bangunan KKMM Labuan dalam masa terdekat,” jelasnya yang ditemui selepas program itu petang tadi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda