Skip to main content
HomeLabuanMA

Maritim Labuan Tahan Bot Tunda Pindah Air Tanpa Kebenaran

By 15 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Zon Maritim Labuan

LABUAN, 14 Feb (Malaysiaaktif) – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Labuan menahan sebuah bot tunda kerana melakukan pemindahan air tanpa kebenaran di perairan Labuan, semalam.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kapten Maritim Nudin Jusoh berkata, semasa rondaan rutin, pasukan operasi telah mengesan sebuah bot tunda sedang berhimpit pada sebuah kapal tangki di kedudukan 0.3 batu nautika dari Pulau Labuan.

Kedua - dua kapal yang didapati dalam keadaan mencurigakan.

Kedua – dua kapal yang didapati dalam keadaan mencurigakan.

“Penggeledahan dilaksanakan dan mendapati bot tunda terbabit disyaki telah melakukan aktiviti pemindahankapal ke kapal (ship to ship transfer) iaitu memindahkan air tanpa kebenaran daripada Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

“Bot tunda, nakhoda kapal bersama kesemua kru ditahan dan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (MSO) yang boleh membawa hukuman kompaun RM50 ribu atau denda RM100ribu jika sabit kesalahan,”katanya dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda