Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

myBAS Kini Diperluaskan di Johor Bahru

By 20 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Najib Mohaini (Johor)

JOHOR BAHRU, 20 Feb (Malaysiaaktif) – Rakyat di negeri Johor bakal menikmati perkhidmatan myBAS menerusi Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (SBST) yang dijangka beroperasi mulai April 2022 dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan bas henti-henti di sini.

Pelaksanaan myBAS Johor Bahru ini akan melibatkan 19 laluan di lima koridor iaitu Koridor Kota Tinggi, Masai, Kulai, Gelang Patah dan Pontian.

Ia dijangka memberi manfaat kepada penduduk di sepanjang jajaran perkhidmatan sejauh 1,052 kilometer dalam usaha menggalakkan penggunaan bas sebagai mod pilihan rakyat dalam menanggani masalah kesesakan lalu lintas dan parkir kenderaan di pusat bandar.

Majlis perasmian berlangsung di Hotel Renaissance Johor Bahru dan disempurnakan oleh Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad bersama Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong.Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Isham Ishak serta Ketua Pengarah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Azlan Shah Al Bakri.

-ZS-

Tinggalkan komen anda