
Laporan/foto: Yusmila Yusof/Sazli Hassan (Sik)
SIK, 26 Feb (Malaysiaaktif) – Berikutan masalah kekurangan bekalan air bersih yang kerap berlaku di sekitar kawasan Kampung Tanah Hitam, Sik, Yayasan Ikhlas telah mengambil inisiatif untuk membina telaga tiub di kampung ini.
Projek ini adalah kerjasama Kelab Anak-Anak Sik dan telah mendapat kebenaran Lembaga Sumber Air Negeri Kedah dan Pejabat Daerah Sik.
“Projek ini akan dimulakan pada 1 Mac 2022 dan dijangka siap pada penghujung Mei dengan objektif utama untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat dengan membekalkan air bersih kepada 132 buah rumah secara berterusan,” kata Profesor Dr Zainur Rashid Zainuddin, Pengerusi Yayasan Ikhlas.
Majlis penyerahan tapak projek ini telah dirasmikan oleh Ahli Majlis Meyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Romani Wan Salim mewakili Menteri Besar Kedah.
-ZS-