Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Setelah 135 Tahun, Pokok Hujan-hujan di RAINTREE WALK, Taiping Rebah

By 26 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah/Majlis Perbandaran Taiping (MPT)

TAIPING, 25 FEB (Malaysiaaktif) – Insiden sebatang Pokok Hujan-Hujan (Samanea saman) bernombor inventori MPT/BL/TTT/TK/2020/00072 yang berusia 135 tahun di Raintree Walk, Taman Tasik Taiping tumbang pada 22 Februari 2022 amat mengejutkan penduduk sekitar Taiping.

Berdasarkan laporan Arborists Bertauliah (CA), Nik Ikmal Fathi (MY-0326A), punca utama pokok tersebut tumbang adalah ketidakseimbangan struktur pokok yang telah condong ditambah dengan berlakunya ribut pada hari kejadian.

Kerja-kerja pemulihan pokok akan dilaksana oleh Majlis Perbandaran Taiping (MPT) termasuk menegakkan semula pokok dengan sebahagian dahan pokok akan dipangkas serta bahagian akar dan tanah akan dirawat.

Pokok ini dalam pemantauan dan selenggara untuk tempoh 12 bulan sehingga ianya pulih.

Sebagai langkah mengurangkan risiko pokok-pokok lain juga yang berkeadaan serupa, MPT akan menyediakan sokongan penampan dalam masa terdekat dan rawatan akar juga akan dijalankan.

Pengunjung di kawasan tersebut tidak perlu rasa risau kerana terdapat banyak lagi lokasi-lokasi menarik sekitar kawasan rekreasi tersebut yang sesuai dan cantik untuk merakamkan gambar kenangan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda