
Laporan/Foto: Noor Aini binti Hanapiah/Anuar Che Amat
KANGAR, 15 Feb (Malaysiaaktif) – Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (5- 11 tahun) adalah bagi melindungi kanak-kanak dari mendapat gejala jangkitan COVID-19 yang serius dan melindungi mereka.
Bagi negeri Perlis, dua kategori kanak-kanak yang layak untuk mendapat suntikan iaitu yang mempunyai masalah perubatan dan immunocompromised dan kanak-kanak tanpa masalah kesihatan. Di anggarkan lebih kurang jumlah 20,000 kanak-kanak di Perlis yang layak untuk menerima suntikan vaksin.
Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan immunocompromised, suntikan diberi di Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) Hospital Tuanku Fauziah dengan anggaran seramai 2106 kanak-kanak akan terlibat.

Pengarah Kesihatan, Dr Sirajuddin Hashim meninjau PPV Hospital Tuanku Fauziah ketika membuat lawatan baru-baru ini.
Sesi suntikan di negeri Perlis telah bermula pada 9 Februari 2022. Pusat pemberian Vaksin Off Site adalah di Masjid Alwi dan juga PPV Off Site Kubang Gajah. Jabatan Kesihatan Negeri Perlis memaklumkan, bermula 14 Februari 2022, 3 PPV akan dibuka di 3 Sekolah Rendah di negeri Perlis bagi meningkatkan lagi pemberian vaksin.
Selain itu, Pengarah Kesihatan menyatakan bahawa Klinik- Klinik Kesihatan juga akan memberi suntikan melalui janji temu.
-ZS-